Sunday 9 December 2012

Harimau Malaya : Asal-usul

Secara umum ramai mengetahui Harimau Malaya merupakan nama gelaran bagi pasukan bolasepak negara Malaysia. Tetapi, ada kemungkinan juga ramai yang belum mengetahui asal-usul nama Harimau Malaya diperolehi.

Abdullah bin Mohd Don

Sebenarnya, nama tersebut adalah berasal dari gelaran kepada seorang pemain bolasepak era 1940′an.
Pemain tersebut bermain di posisi ‘striker’ dan beliau adalah Dollah Don. Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mohd Don, dilahirkan pada 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor.


Mendapat pendidikan awal di Primary School Ngee Heeng dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Bukit Zaharah dari darjah 2 hingga 4. Beliau menyambung pengajian di peringkat tinggi di English College.Di zaman persekolahannya beliau sangat aktif dan pernah menjadi Olahragawan. Dollah Don pada mulanya bermain bolasepak semasa kecil dengan menggunakan bola tenis. Sewaktu di sekolah Dollah Don juga merupakan atlit olahraga yang berjaya. Pernah memenangi beberapa acara dan membolehkan beliau bergelar Olahragawan di sekolah. Sebelum bermain untuk pasukan kebangssan, beliau bermain untuk pasukan Johor di era awal Piala Malaya dan Piala H.M.S Malaya.

PERISTIWA DI SUMATERA

Jika kumpulan rock, SEARCH pernah menggegarkan Indonesia dengan lagu Isabella pade era 1990′an, begitu jugalah Dollah Don dengan mutu permainan bolasepaknya. Dollah Don mempunyai ramai peminat bola sepak di Indonesia. Dari sumber yang dicari, beliau sering menerima jemputan untuk bermain di sana.
Pada tahun 1946, Dollah Don telah dijemput untuk bermain menentang Pasukan Medan di Sumatera. Malangnya beliau jatuh sakit dan tidak dapat diturunkan beraksi. Pada era 1950′an Indonesia dipimpin oleh Sukarno sebagai Presiden negara tersebut.

Presiden Indonesia, Soekarno.

Sukarno begitu kagum dengan Dollah Don sehingga menggelarkan beliau sebagai ‘Harimau Malaya’. Ini semua bermula dari satu perlawanan yang disaksikan oleh Sukarno sendiri. Perlawanan tersebut ialah sewaktu menentang pasukan Peseja di Indonesia, pada 1953, Dollah Don mewakili Melayu Singapura dan barisan lawan diwakili oleh pemain tempatan dan Belanda. Penjaga gol lawan, Van Der Veen, dianggap terkenal di Asia ketika itu. Presiden Sukarno turut menyaksikan perlawanan itu. Tamat separuh masa pertama, pasukan Melayu Singapura ketinggalan 3-0. Bermula separuh masa kedua, mereka mengasak ke kubu Peseja dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan seri.

Ketiga-tiga gol tersebut telah dijaringkan oleh Dollah Don sendiri. Sejak itu gelaran Harimau Malaya melekat kepada Dollah Don dan hingga membawa ke hari ini kepada Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia. HARIMAU MALAYA TERUS MAJU !!!! AUUUMMMM !!!

NOTA: Inilah versi yang diperoleh daripada beberapa ruangan forum dan blog mengenai asal usul nama ‘Harimau Malaya’. Mungkinkah ada versi lain…apa kata anda?


CREDIT TO : gempak.org

Friday 7 December 2012

Highway Star : Yamaha 150 TZM

Legend of 2 strokes.. Ade bran ???


Sedikit info berkaitan TZM :
1) yamaha tzm 150
2) 147 cc
3) start kluar tahun 1994
4) last kluar tahun 2000
5) harga baru +- rm 10.5k
6) harga terpakai (yg biasa org jual), ikut tahun dan condition moto,
rm 2.5k - 6k, bawah dari tu pun ada, atas dari tu pun ada, berdasarkan 
condition moto dan budi bicara owner..


ANTARA PERKARA YANG PERLU DI CHECK :

1) on kunci,dengar bunyik servo,bunyi tu mesti 2 kali,sebab dier buka dan tutup balik,pastikan bunyi dier smooth dan lancar,kalo xde bunyik@bunyi pelik mungkin servo dah jahanam atau battery low..servo 2nd hand +-rm200,kalo baru +-rm400 woo..pastu usyar kat sebelah kanan blok,tengok blok jenis apa,kalo y1 mmang best la,pastu tanya owner,pernah buat slip ke x,kalau xpernah dan blok tu dalam keadaan ori mmang terbaikla,tapi susah nak dapat skarang ni,70% owner tzm yg aku jumpa blok diorang dah buat slip baru.. tapi kalau slip yg dibuat balik tu dibuat ngan cantik dan bagus,xde masalah pun,boleh je pakai..

2) start enjin,senang ke susah,pastu time enjin hidup ekzos akan bunyik kuat,sebab masa tu power valve dalam kdudukan open,pastu rem2 skit pv akan tutup,bunyik pun jadi lain,dah xbising.. dengar bunyi enjin,kalo bunyi biasa je ok la tu,enjin yamaha mmang bunyik kuat skit,tapi xla mlampau,kalo ada bunyi pelik,bunyi ketukan ke org bertukang ke,jaga2,mungkin ada something wrong, piston ring xelok ke,rod longgar ke..nak turun enjin bukan murah,makan ratus2 gak.. pastu dengar kat sbelah kanan enjin,tarik klac ngan x tarik klac ada beza x bunyi,kalo ada mungkin mangkuk klac dah x cun..rivet mangkuk klac+upah+lain2 barang berkaitan,+-rm60..

3) check untuk sebarang kebocoran minyak, kat bahagian enjin dan lain2 (fork, monoshock, pump 2t, power valve etc), servis fork 2 batang +-rm50-60,mono kalau leaking kena tukar,kayaba +-rm180,pump 2t boleh servis, kalau tukar baru +-rm100 kot,power valve leaking kena tukar oil seal,+-rm15..

4) rev throttle kuat2 skit, enjin smooth ke x, biasanya bawah rpm 6 bunyi ekzos masih slow/kurang kuat.. biasanya p.valve start bukak kat rpm 6, bunyi ekzos akan jadi lebih nyaring, pulas lagi sampai rpm 10-11, p.valve akan bukak habis, bunyi ekzos dah jadi nyaring dan bingit, kalau moto tu pakai cdi ori standard, kat rpm 11-11.5 akan ada cut off, mletup2, jangan risau,itu ialah normal..

5) try bawak moto tu, check meter, speedo, rpm ngan temperature, pastu tekan button kat sebelah ibu jari kanan, yg macam starter tu, tengok meter minyak ok ke x.. meter 2nd hand +- rm150, kalo baru +- rm 400..

6) bawak slow2, rasa enjin time bawak spatutnya ringan dan lembut, masuk gear pun x susah, kalo susah dan moto rasa berat walaupun rpm naik mungkin bahagian klac ada problem,klac plate ke,housing klac ke.. klac plate ori +-rm13 sekeping..

7) test brake semua ok x, suspension ok ke x ,pastu kalau dah biasa bawak tzm bolehla bawak laju skit, tapi kalu xbiasa baik jangan,sebab ada gak kes 2-3 kawan aku yg terkujat gak ngan penangan pv fully open, kalo xbiasa ngan moto tu boleh jadi agak bahaya,nak2 lagi kalo area banyak kete..

8) try bawk maintain speed 110-120, boleh ke x, bobok ke x, ataupun moto ttiba drop sendiri klajuan dier, mungkin setting carburator x ngam,p.valve problem,cdi pun boleh jadi.. cdi local +-rm50-100,cdi original >rm400..

9) kalau berani (INI TIDAK DIGALAKKAN ATAS FAKTOR KESELAMATAN DAN UNDANG2,APA2 RISIKO SILA TANGGUNG SENDIRI!!), try bawak dan menten speed 140-150kmh, tzm yg dalam keadaan baik xde masalah untuk menten speed camtu spanjang highway sampai minyak ngan 2t abis,tanpa sebarang gegaran yg ketara.. top speed tzm standard tiptop, +- 180-200kmh.. tapi xyahla test kot, moto orang,kang jem ke naya je....hehe...

10) rasa suspension moto tu, goyang ke kalo langgar lubang @ bonggol kecik, time koner membuang ke x, kalau goyang kuat mungkin ada masalah ngan tayar, fork, monoshock, swing arm @ chassis, kalau chassis bengkok, mgkin moto tu pernah xcident teruk, so, lupakan jela, cari moto lain, x syok bawak nanti, senget je..

11) bila dah berenti, biarkan enjin hidup dalam 10-15 minit, pastu tengok meter temperature, tzm yg sihat jarum temperature akan ada kat bawah dari setengah @ setengah, bergantung pada cuaca dan bagaimana moto tu dibawa/dilenjan time test ride tadi.. kalau jarum tu lebih stengah dan smakin naik, ini menunjukkan ada masalah kat cooling system,mgkin radiator bocor/sumbat ke, water pump x jalan ke dan sbagainya.. makan duit jugak kalo nak repair..

12) sambil2 tu check la semua lampu yg ada (lampu bawah, atas, belakang, brake, signal dan sbgainya) berfungsi atau x.. pastu kalau smua ok, matikan enjin, bukak seat, kat sebelah battery ada 1 kotak hitam, cdi namanya, cek tengok ori ke x, kalau ori ada cop yamaha timbul kat atas dier..cdi local, +- rm50,cdi ori >rm400..

13) dah abis test, kalau puas hati, nego harga yg berpatutan berdasarkan condition moto tu.. tapi kalau moto tiptop dan harga cantik, jangan tunggu lama2, bayar kat owner, pastu balik umah basuh moto, polish kilat2, pastu siap2 untuk g jalan2 pusing doniaa.. jangan lupa check air radiator, angin tayar, isi minyak petrol ngan 2t...hehe  ..

DOKUMENTASI : PERHATIAN!!!

pastikan geran ialah geran ori,dan proses tukar nama boleh dilakukan..
check no chasis dan no enjin kat geran sama x dengan kat moto (no chasis tzm ada kat bahagian kon handle,
bawah ignition switch,no enjin ada kat bahagian atas enjin,kat bawah/tepi carburator)

dan perkara penting yg harus diingat,tzm ni kbanyakannya dah lebih 10 tahun, so, lepas beli standby la dalam rm500 ke untuk touch up ape2 yg patut..kalau moto dah tiptop, slamat mnikmati keseronokan menunggang the pure 2 stroke spirit,yamaha tzm 150,highway star...

AKHIR KATA, BERHATI-BERHATI DI JALAN RAYA !!!


Thursday 6 December 2012

Telefon Bimbit, Rahsia ???


Semua orang ada handphone kan? Admin nak kongsi rahsia telefon bimbint dengan korang Ini mungkin berguna waktu kecemasan

1) NOMBOR KECEMASAN Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )




2) KERETA TERKUNCI Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera (alarm ) sahaja. Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya .


3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


4) TELEFON KENA CURI Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya


Tuesday 4 December 2012

Welcome to my life !!!

Bosan. Itu je yang mampu aku cakap sekarang ini. Menaip tanpa ape-ape motif, sedangkan keliling aku, orang sibuk melakukan aktiviti yang mereka perlu lakukan, wajib mungkin. Aku ? Termangu disini sambil jari laju menaip entah ape-ape. Mungkin sekejap lagi, datang la idea aku untuk menaip ape yang gamaknye best.




Aku dah cakap, masih tiada idea nak ditaip untuk tatapan semua. Mungkin boleh bercerita kot. Atau menulis kisah-kisah aku dan pengalaman aku sepanjang hidup aku mencecah belia. Haha. Nak cerita pasal pengalaman aku, mungkin masih tak sebanyak otai-otai di luar sana, maklumlah, pucuk muda lagi, baru nak belajar kenal erti dunia ini. Dunia yang fana. Kemahiran ? Mungkin aku ada sedikit kelebihan dari segi itu, mungkin. Bab bertukang rumah, kredit kepada bapak aku kerana memaksa aku menukang rumah yang tersergam indah, hasil tangan aku, bapak aku dan abang aku. sape tak bangga beb, 80% rumah tu kitorang yang buat sendiri, bangunkan, bancuh simen, pasang siling, pasang bumbung, panjat itu panjat ini, pecah tembok untuk renovate, macam-macam lagi lah. Kiranye, aku memang beruntung lah kerana mempunyai kemahiran hidup bak kata orang.



Muzik ? Nak kate pro, tak mungkin la. Sikit-sikit, mungkin. Setakat ini, hampir semua instrumental basic aku dah tangkap. Gitar, bass, drum. Untuk masa sekarang ni, piano menjadi target aku pulak.  Sejarah hidup aku dengan bab-bab muzik ni ? Awal-awal aku diperkenalkan masa aku form 1, time tu member-member aku memang tengah layan lagu-lagu rock kapak, peh, masyuk beb. Time tu, memang aku tengah noob lagi bab-bab muzik ni. Masuk form 2, aku dah mula berminat dengan gitar, gara-gara senior aku buat show time perhimpunan. Giler kagum aku tgk die buat show atas pentas. Teringin bhai nak jadi mcm die. Start dari tu, aku dah mula sikit-sikit pasang niat nak beli gitar sebijik, buat belajar. Hujung tahun form 2 lepas raya, capai lah hajat aku nak beli gitar, gitar tong jenama HOFMA. Tuah aku kot, bapak aku bekas legend gitar, jaguh kampung dulu-dulu. Dia tolong aku pilih gitar dan ajar sikit-sikit je. Bkn nak cakap ape, kebanyakan, orang-orang legend ni susah nak ajar orang beb. Macam bapak aku, acuh tak acuh je ajar aku. Tapi itu tak mematahkan semangat aku untuk mencapai impian aku. Berpandukan buku dan internet, akhirnya aku berjaya jugak control 14 basic chords dlm seminggu. Sampai la sekarang aku masih belajar dan belajar dan belajar.


Legend ni beb !!! Sekali dia goreng, peh, masyukkk !!!

Masuk U, aku bertemu dengan budak-budak band aku, tapi yang menjadi masalahnya, 4 dari lima crew band aku reti maen gitar. Dah tu, sape yang nak maen drum ? Nak tak nak, aku volunteer jadi drummer. Kekok bhai, macam hareeemmm je 1st time maen. Sikit-sikit aku tangkap dengan drum ni, slow-slow kayuh. Dari 2 anggota je aku hidup, sampai sekarang ni, semua dah boleh maen. Gempak jgk la aku maen. Double pedal tengok !!! XD


Huh, penat menaip beb. Ade lagi nak cerita ni. Sekarang ni, entah macam mane aku boleh terjebak dengan dunia permotoran walaupun tiada motor. haha. Habis motor member aku kena selongkar enjin. Khatam jugak la aku bab-bab enjin ni. Kalau setakat masalah kecik, boleh settle sendiri kot. 4 lejang boleh, 2 lejang pon boleh. Haha. Bukan maen-maen punye pomen ni, nusantara punya mari !! Yeeehhhaaa !!!



Banyak nak borak ni, tapi, penat dowh... Aku chow dulu. Assalamualaikum...



P/S : Dalam hidup ni, tak semestinya akademik sahaja yang dicari, ilmu berkaitan kemahiran pun perlu untuk diri sendiri. Jangan terkejut orang yang kerja bab-bab kemahiran lagi tinggi dari profesional. Bapak aku pon pernah berpesan, " Cari kelebihan, biar lebih dari orang, hidup jangan kene tipu dengan orang" 




Friday 12 October 2012

More serious : Sihir

Entry kali ini agak serius... Berkaitan SIHIR... Wujud dalam pemikiran aku, ape itu sihir?? Bagaimana??? Dan mengapa??? Agak sinonim dengan kaum Melayu... Hal ini berlaku pada seorang sahabat aku, Kes??? Cemburu dan dengki... Aku tak paham, perlu ke menyihir seseorang hanya kerana cintanya tak diterima??? Terlalu taksub mungkin puncanya... Inilah Melayu, sorry to say, masih di takuk lama... Dengki, tamak, dan tak pikir panjang...

Sudah terang lagi bersuluh, sihir itu satu dosa besar kan... Perlu ke nk beritahu... Kadang2 aku heran, Banyak perkara lagi boleh dilakukan la bro... Bunga bukan sekuntum beb... Kau tau tak, ko hantar 'benda' tu kat orang, ko buat orang tu sengsara, ape ko dapat??? dapat dia?? tak kan... Pikir la, kita semua ada hukum karma, lagi tepat hukum drpd yg Maha Esa... Esok lusa, ko dapat balik... Jahat2 aku pon, aku tak main benda2 syirik tu...

Kau tau tak hidup sengsara mase kena benda tu??? Sorry to say la bro, ko buat mcm tu, lg orang benci beb... Ade otak pikir2 kan la...

One more thing, TURN TO ALLAH BEFORE WE RETURN TO ALLAH... Think bout it...

Tuesday 18 September 2012

Sg. Gabai yang awesome !!!

Air Terjun Sg. Gabai

Assalamualaikum guys...
Lame dah aku tak update blog ni... Rase disisihkan dari hidup aku nih... XD
Tapi, takpe... Aku ada story yang memang hebat, awesome, fun, and LOL...
Sg. Gabai destinasi yang aku nak cerita di sini... Pernah pergi tak Sg. Gabai???

Baru sampai di kai bukit Sg, Gabai *Kredit to Mus, photographer...
Seramai 44 orang bergerak ke sana... Aku, Din, Abe, Ikhwan, dan Kusut sampai lmbat sikit coz ade hal sikit... Function ni saje2 je sebelum cuti semester yang bakal menjelang tiba... Agak fun tambahan dgn budak2 aku yg sporting... XD
Lembik lutut semasa memanjat pinggir air terjun Gabai... Hehehe
Sampai di puncak, ape lagi, takkan tgk je air yg mengalir tu kan... Terjun!!! Terjun!!! Hahahaha... Tapi, orang kata, malang tak berbau kan... Berlaku la sikit kemalangan yg tak dijangka... Yelah, dah takdir, tapi keseronokan masih berterusan dgn berhati-hati sikit...

Dgr cite Waiz (gambar) tergelincir dan terhentak batu... 8 Jahitan jgk kene... Nasib baek takde skru longgar... XD

Pape pon, memg fun ktorg kat sane... Makanan??? For sure la bwk kan... dah maen2 air pastu tk mkn, memg mcm zombi la kn balek... XD Melantak dgn lahap memg tabiat Civil Engineering... hahaha, just Kiddin' la bro... TRUST ME, I'M AN ENGINEER... Hahaha...

Aku baru sampai... Hampeh, dyorg dah fun2 dulu... Penat woi!!! ride moto, pastu pnjat bukit... =='

Penat memg penat.. Tapi, fun pnye angkara, bernafsu aku pnjat bukit... hahahaha... Sampai2 bau ayam sedang dibakar.. hahahaha... Rilek dlu, maen puas2 bru lantak... buruk lantak... Hehehehe...
Lebih kurg jam 6.00ptg ktorg bergerak trun dn balek... Yela, org2 tua ckp, tak bagus berada kat tempat tu wktu2 mghrib... XD

Perjalanan turun ke kaki bukit... Amcam curam tak??? =='

Sebelum pulang ke kolej, ada la sedikit briefing sepatah dua kata... Motif??? melantik ketua baru dan sedikit cenderamata penghargaan kpd sume yg hadir... Yeah!!! Bermacam kerenah budak2 ni... =='
Di bawah ni ade sedikit gambar di sane... Check it out!!!

Kami RARE!!! XD
Aku (kiri) dan Petak (kanan)

Jgn salah anggap.. Ni namenye gaya potographer proSAK!!! XD
Din, beradab sikit... XD

Gelagat budak2 AWAM!!! Hahahaha...
Sedikit ucapan drpd mantan ketua kelas... sob sob...
Sesi pemilihan bakal ketua...
Din, ko tak tercalon la... (kanan sekali) XD

Ni namenye demokrasi... Undilah Saya!!! XD

Akhirnya, Che Fatihi (gambar bawah) dipilih menjadi ketua sem depan... Amcm??? layak kan...

Nasihat drpd mantan kpd bakal ketua kelas... XD
Che (kiri) Shahrul (kanan), mantan...

Ak ngan Ikhwan, gitaris band aku... (Mcm tak masok je)

Inilah gmbar kelas aku, CIVIL ENGINEERING!!! TRUST US, WE ARE ENGINEERS!!! Hahahaha...

Rock the world!!! (DDPA)
Begitulah cite ktorg di Gabai... Walau apepun yg berlaku, trust us, we are engineers... XD Hope next time bole gathering lg... Aku akan scout tempat2 yg fun utk diteroka... Yearggghhh!!! XD

*Sori kalau cite terlalu singkat, kalau ade perubahan, silalah komen... XD


Monday 6 August 2012

Iftar...

Apa itu iftar??? maksudnya berbuka puasa... Memang sinonim dengan rakyat Malaysia kalau berbuka mesti pergi bazar.. Itu tak kisah sangat la, masalahnya beli banyak-banyak lepas tu tak habis.... Okay, lupakan seketika masalah itu, yang aku nak story ni, ialah pengalaman aku menghadiri majlis IFTAR... Banyak tempat dah aku jelajah untuk berbuka puasa. Tapi ade satu tempat yang bagi aku begitu meriah dan penuh dengan sifat zuhud, MASJID KG BARU... masjid tu memang terkenal dengan bubur lambok kan??? korang mesti pernah dengar kan... Di sana, pelbagai umat manusia ada, rupa, kaum, malahan foreigner pun ada... Tapi, itu semua tak penting kerana Islam adalah agama penyatuan dan tak memilih pangkat, darjat, mahupun harta... (Maaf, lupe ambil gmbr, :D)

Antara banyak tempat aku jelajah, kat situlah yang paling meriah... Cubalah, tk rugi pun...
Next time kalau ada tempat best aku jelajah, aku post lagi.. chow.. Assalam..
Ada masa, aku datang lagi okay.. ;)

Jangan buat !!!



1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka, syaitan sangat kasih orang yang begini. Kalau tertidur lain cerita.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Kata ulama, kuman dari dalam tandas akan mengikut kaki kita semasa keluar dari tandas. Kata orang tua2, masuk tandas tanpa alas kaki mewarisi kepapaan.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Orang tua-tua berpesan minum atau makan pada bekas retak/sumbing membawa malang.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Bekas makanan yang dibiarkan bermalam, membawa penyakit.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana keluar kerja berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6. Jangan tidur selepas solat asar atau pada waktu asar. Makruh dan mewarisi gila / penyakit mental. Kalau tak kena pada diri kita, ia akan kena pada anak atau cucu kita pula.
7. Jangan tidur selepas solat maghrib atau pada waktu maghrib. Mudah dirasuk syaitan dan mudah terkena sakit belakang dan sakit kepala.
8. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
9. Jangan makan makanan laut bersama makanan darat serentak. Bahaya pada perut dan toksin di dalam badan.
10. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, atau keluar tanpa tujuan yang baik. Takut-takut kita mati dalam perjalanan, tidak dapat pahala. Tuhan pun tidak redha pada kita.
11. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau sebelah kaki saja berkasut. Makruh dan mewarisi kepapaan.
12. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Bahaya berbuat begitu semasa memandu, mudah berlanggar atau terbabas. Kalau naik helikopter pun, mudah terbabas agaknya..
13. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. Punca hati jadi tidak tenteram. Punca orang yang solat tidak pernah khusyuk.
14. Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa, kerana malaikat maut tidak menunggu kita bertaubat baru nak ditarik nyawa.
15. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. Tuhan suka orang yang merendah diri. Orang yang meminta maaf tidak pernah rugi di akhirat.
16. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.
17. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
18. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita, menolak bala bencana.
19. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Banyak gelak lambang kelalaian. Banyak gelak juga menggelapkan hati.
20. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
21. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
22. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Hidup di dunia ini amat pendek & tidak perlu disusahkan hati olehnya.
23. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN… Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya. Sepandai-pandai kita, tetap jahil juga dengan hikmah kejadian makhluk Allah.
24. Jangan banyak bersoal tentang dalil, hujah, asbab, atau meminta perician sesuatu hukum atau perkara, ia punca Bani Israel mendapat susah dan akhirnya dimurkai Allah. Terima seadanya dan bertanya yang perlu saja. Iaitu yang dapat membawa kita lebih dekat dengan pencipta, bukan yang menambah ego diri sendiri.
25. Jangan tak baca artikel ini dan ambil ikhtibar dari artikel ini. Hehe.. 

Thursday 26 July 2012

Duit oh duit...

Anda ingin USD100 percuma???
Sertai http://prelaunchx.com/x/waksegen
Tarikh tutup sebelum 27/08/2012...
Cepat sebelum terlambat !!! 

Sampingan... XD

http://my.churpchurp.com/noobstyleproduct/share/HishopCRFS

Does getting rewarded for sharing on social media sound too good to be true? It's the real deal at #ChurpChurp!

Does getting rewarded for sharing on social media sound too good to be true? It's the real deal at #ChurpChurp!

Wednesday 18 July 2012

Ramadhan Al-Mubarak...

Ramadhan Ya Ramadhan
Assalam... Entri kali ini cukup syahdu.. sob sob... Ramadhan bakal tiba tak lama lagi... So, ape kata korang??? Suka, seronok??? Seperti tahun-tahun sebelum ini juga... Hope Ramadhan kali ini lebih berkat dan bertambah keimanan... Berbuka puasa??? Ala kadar sudah.. Nasik bujang pon boleh ape...
Nasi bujang : nasi, Telur, sambal belacan... Cun!!!
Hahahaha... Jimat la as a student... Pape pon, selamat beramal!!! :D

Tuesday 17 July 2012

Fakta... (2)


# Sebelum Masehi, Bahasa Inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini).


# Ikan paus kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam.


# Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman.


# Nama mobil Nissan berasal dari bahasa Jepun iaitu Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23


# Zirafah dan tikus bisa bertahan hidup lebih lama tanpa air dari pada unta.


# Perut menghasilkan lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak mencerna organnya sendiri.


# 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.


# Semut dapat mengangkat beban 50 kali daripada berat tubuhnya sendiri.


# Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana.


# Titik diatas huruf i disebut ‘title’.


# Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi hampas segarnya akan bergerak naik turun dalam gelas.


# Benjamin Franklin anak bongsu dari orangtua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.


# Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaph obia adalah ketakutan pada hari jumat tanggal 13 (bisa terjadi antara 1-3 kali setahun). di Italia, 17 adalah angka malang. di Jepun angka yang dianggap malang adalah 4.


# Lidah zirafah panjangnya lebih kurang 50 cm.


# Mulut menghasilkan 1 liter ludah setiap hari.


# Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari.


# Kata ZIP (kode pos) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.


# Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.


# Rata-rata kita bicara 5000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bicara pada diri sendiri).


# Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita akan merasa haus.


# 4 simbol Raja pada daun terup melambangkan 4 raja yang terkenal di zaman masing-masing: “Ace”= David/Raja Daud ; “Kelawar” = Alexander the Great/Iskandar Agung ; Hati = Charlemagne/ Raja Prancis ; Diamond =Julius Caesar.


# Seumur hidup kita meminum air sebanyak kurang lebih 75,000 liter.


# Setiap orang, termasuk kembar seiras, cap jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.


# Titik merah pada logo 7-Up berasal dari penciptanya yang bermata Merah dan albino.


# Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita sebanyak 70 helai.


# Lambang/ikon ’save’ pada program Microsoft Office menunjukkan gambar floppy disk dengan shutter terbalik.


# Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka (Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).


# Unta mempunyai 3 kelopak mata.


# Jangkahayat sehelai rambut di kepala kita adalah 2 hingga 6 tahun sebelum digantikan dengan rambut baru.


# Seseorang masih dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal kepalanya.


# Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat mata kita berkedip. Kita mampu berkedip 5kali dalam sesaat.


# Coklat dapat membunuh anjing kerana ia dapat mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya.


# Tanpa kehadiran air liur di dalam mulut, kita tidak dapat merasa makanan.


# Kuku di tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku di kaki.


# 13% orang di dunia adalah kidal.


# Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan.


# Berat kepala bayi yang baru lahir hanyalah 1/4 dari berat tubuhnya.


# Kita sebenarnya melihat dengan otak. Peranan mata hanyalah seperti kamera yang menghantar maklumat/data ke otak. 1/4 bahagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata.


1) Kalajengking boleh dibunuh dengan menyiramnya menggunakan cuka. Ia akan marah dan menyengat dirinya sendiri.


2) Tahun 1830-an, sos tomato biasa dijual sebagai ubat.


3) Tiga monyet bijak mempunyai nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).


4) India mempunyai undang-undang hak untuk lembu.


5) Jika bersin terlalu kuat boleh meretakkan tulang telinga. Jika mencuba menahan bersin, boleh mengalami pecah pembuluh nadi di kepala serta leher dan terus mati . Jika mata dipaksa terbuka di saat bersin, bola mata kita boleh melompat keluar.


6) Nama negara Filipina adalah berasal dari nama Raja Phillip.


7) Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud.


8) Kanak-kanak mempunyai 20 gigi susu. Orang dewasa pula mempunyai 32 gigi kekal.


9) Disebabkan rangkanya diperbuat daripada logam, maka piala Oscars yang dibagikan pada perang dunia ke-2 diperbuat daripada kayu.


10) Setiap kitaran 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Kitaran ini dinamakan sebagai “Solarmax”.


11) Terdapat 318,979,564, 000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.


12) Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi. 


Sumber asal : www.gempak.org

Fakta...


1) Janin manusia mula membentuk cap jari pada usia 18 minggu


2) Kermit the Frog dinamakan sempena Kermit Scott, kawan baik mendiang Jim Henson pada masa kecil.


3) Dalam "Universe" komik Superman, Presiden US sekarang adalah Lex Luthor


4) Negara Swiss tidak pernah berperang dengan mana-mana negara


5) Jantina kuda boleh ditentukan mengikut bilangan gigi. Kuda jantan biasanya ada 40 batang gigi yang betina pula biasanya ada 36 batang gigi


6) Bill Cosby adalah pelakon kulit hitam pertama yang membintangi siri TV (i Spy 1965 - 1968) dan digelar Jackie Robinson dalam dunia hiburan. Tapi beliau lebih dikenali sebagai karakter doktor lucu dalam The Cosby Show di tahun 80-an.


7) Charlie Chaplin sangat popular di tahun 1920-an & 1930-an.


8) Dia pernah terima lebih 73 000 surat dalam masa 2 hari ketika berkunjung ke London.


9) Bola golf untuk pertandingan antarabangsa wajib mempunyai 336 lekuk di seluruh permukaannya.

Rahsia Tahi Lalat...



Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai


Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati


Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka


Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah


Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita


Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan


Rahsia Tahi Lalat Pada Leher di tengah - Tercapai cita-cita


Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong


Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati


Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas


Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki


Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan


Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kiri - Malas dan suka duduk


Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kanan - Suka berhibur, boros


Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur


Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha


Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kiri - Kurang kuat berusaha


Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita


Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan


Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun


Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kanan - Cerdas dan cekap


Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kiri - Cerdas dan sopan santun


Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal


Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah


Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kiri - Suka berpoya-poya


Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia


Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta


Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah


Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat


Rahsia Tahi Lalat Pada atang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya


Rahsia Tahi Lalat Pada Pada hidung - Banyak rezeki


Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kanan- Jujur dan baik hati


Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur


Rahsia Tahi Lalat Pada Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama


Rahsia Tahi Lalat Pada Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua


Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan


Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kiri - Baik budi


Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kanan - Suka menolong dan baik hati


Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kiri - Ramai yang suka


Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat


Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun


Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh


Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kanan - Suka menolong


Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik


Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan


Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab


Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia


Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan


Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan


Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kiri - Menepati janji dan rajin


Rahsia Tahi Lalat Pada Pipi kanan - Ramai teman


Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kanan- Ramai yang suka


Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kiri - Ramai teman


Rahsia Tahi Lalat Pada Ubun-ubun - Kurang jujur


Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat - Cerdas, tangkas, tekun


Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup


Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan


Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup


Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup


Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kanan - Dapat mengatasi masalah


Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kiri - Berani, jujur dan sabar


Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh


Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya


Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan


Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong


Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan


Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kiri - Serba baik bekerja


Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros


Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat


Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria


Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat


Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf


Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya


Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri


Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan


Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta


Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya


Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha


Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya


Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka


Kelopak mata kanan bawah - Agak malas


Kelopak mata kiri bawah - Agak ****h, kurang bijaksana


Ini sekadar perkongsian je, tak tahu btol atau tidak.. Jangan Taksub ye!!! :D

Amalan-amalan karut masyarakat Melayu...



Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.


Moral, kembali pada yang asal iaitu AL-QURAN dan SUNNAH

Sejarah yang disembunyikan... (Johor dan Turki)


There were 4 ancient accounts, there were told how the "Sultanate" emerge - with recognition from Arabian Caliph.. :

- Hikayat Raja-Raja Pasai
- Hikayat Acheh
- Salalatus Salatin
- Hikayat Hang Tuah


All of those stories told you how their kingdom, at the beginning sending a delegation to Abbasid and Ottoman empire.. the only the could use the title "Sultan". 

The last delegation was send by HRH Abu Bakar, the Sultan of Johore in 1866. Here's the connection


Bendera Khalifah Othmaniah




Bendera Khalifah Johor (bendera sultan)

Maybe ramai yg tak tau kewujudan Majallah Al Ahkam Johor, dari tahun 1893 sehingga tahun 1914.. sets of written law, yang berlandaskan hukum Syariah seperti Majallah Al Ahkam Al Adliyah, yang digunakan Khalifah Othmaniah Turki...


Salinan "Majallah Al Ahkam Johor" terdapat di Library Petaling Jaya and National Library KL..



Raja Ali Kelana of Johor is a Malay ambassador to Ottoman Court, along with Ungku Majid and few others. 
In return, Ottoman Empire sending in few of their official to Johor during the fateful voyage of "Attaghrul" ship whose lay anchor infront of Istana Besar before it sunk at the coast of Japan. 


Now..

Kaitan Johor dgn Khalifah Turki
  • Sultan Albert Baker pernah melawat Khalifah pada tahun 1866, 1879 dan 1893
  • Khalifah menghadiahkan 2 orang wanita Turki kepada Sultan Johor = Khadijah Hanim dan Ruqayyah Hanim.. dan dikahwinkan dgn Sultan Albert Baker dan Sultan Ibrahim utk menyambungkan Nasab keturunan mereka setaraf dengan Khalifah Turki
  • 1894, Kapal Perang Attughrul dari Turki mendarat di Istana Besar
  • Seruan dan doa utk Raja2 pertama kali dignakan apda tahun 1895 mengikut adat dan amalan Khalifah Turki = seterusnya ditiru oleh negeri lain sehingga kini
  • 1904 - Pegawai Khalifah Uthmaniah diberikan bintang kebesara kerajaan Johor
  • Raja Ali Kelana dari Riau di lantik menjadi Sheikh Al Islam, satu jawatan yg lebih tinggi dari Mufti Kerajaan seperti yang digunakan oleh Khalifah Turki = beliau Meninggal dunia di Johor Bahru pada tahun 1927
  • Raja Ali Kelana dihantar ke Turki untuk mendalami undang2 mualamalat dan shariah pada tahun 1883, 1895, 1899 dan 1913
  • Syed Hasan dan Syed Abu Bakar Al Attas dan 4 orang pegawai kerajaan dihantar menghadiri persidangan khalifah 1926 sebagai wakil Sultan Johor
  • Penubuhan sekolah agama kerajaan Johor diguna pakai dari Maktab Uthmani di Turki
  • Kitab2 rujukan mcm Muttaal Badrain yg digunakan oleh sekolah agama Johor adalah ditranslate dari syllibus Maktab Uthmani Turki yang diambil dari versi Patani 


Ini adalah lambang darjah kebesaran Khalifah Othmaniah yg digunakan oleh turki..

Lihat persamaan dgn yang ni :



Darjah kebesaran Johor



Kaitan "Sultan"

- Kite diwar-warkan yang Sultan Ibrahim diberikan gelaran "Sultan" oleh Queen Victoria... fikir semula ; seorang wanita kristian memberi gelaran 'sultan' kepada raja islam??

wrong... British cube memusingkan Fakta disini ;- kerana... Anugerah gelaran "Sultan" adalah pemberian Khalifah Uthmaniah semasa lawatan baginda ke Turki pada tahun 1866..


Lihat sejarah :

- Dalam Buku "Hikayat Hang Tuah".. Sultan Melaka.. Muzaffar Shah ade menghantar Hang Tuah ke Turki untuk mendapat 'recognition' dari Khalifah utk memakai title SULTAN..
- Sama juga seperti Pasai dan Sultan Acheh Iskandar Alam = semua mengadap Khalifah utk mendapat 'recognition' memakai gelaran Sultan.. Johor pun buat mcm tu pada tahun 1866..



Ahkam Shariah Johor


We knew that Johor become successfully independent sejak tahun 1855.. tapi.. ape sistem kehakiman yang digunakan??? British?? tak mungkin, sebab.. british cume datang pada tahun 1914..

That is the clue.. Undang2 Adat dan Shariah Majallah Ahkam Johor..

Semasa Undang2 shariah ini dijalankan - semua Peguam, persuruhjaya Polis, pegawai dan kakitangannya terdiri daripada Ulamak dan orang Islam SAHAJA.. sebab tu, ramai Melayu yang kerja dgn kerajaan zaman tu di Johor..

Dalam Hikayat Johor.. Hakim2 dan Kadi2 diberi kuasa menghukum pegawai kerajaan yg tak sembahyang jumaat.. begitu jugak yang berjudi dan minum arak di Kasino Wong Ah Fook.. yg diberi kuasa utk melapurkan kepada Kadi2 jika terdapat orang islam dalam premisnya berjudi dan minum arak..

Undang2 Tubuh Negeri Johor

Undang2 negeri ini di sedia kan oleh Rodyk & Davidson.. firma guaman british yg berkerja dgn Sultan Johor. The funny thing is.. firma guaman ini menggunakan set undang2 yang digunakan oleh Kesultanan Lama Riau dan Acheh.. dalam buku Thammarat Al Muhimmah..

Dengan tertubuhnya undang2 ini pada tahun 1895.. secara rasmi Agama Islam menjadi agama negeri.. DAN... undang2 ini TIDAK BOLEH DIGUBAL, DIUBAH, DIPINDA, DIHAPUSKAN selagi ade bulan dan bintang..

Now...

- British source tak pernah sentuh sikit pun pasal hubungan Khalifah Turki dgn Kerajaan Johor..- Undang2 Malaysia, di guna pakai cara Inggeris kerana 'anggapan' bahawa tiada undang2 yang diguna pakai sebelum Merdeka kecuali undang2 adat... so, klu ade orang expose yg ade undang2 yg berjaya terlaksana dgn tatacara yang baik dan teratur.. tentu undang2 malaysia sekarang tidak seperti ini.. 




Sumber asal : www.gempak.org 
SHARE IT