Wednesday 10 July 2013

Ramadhan Tiba Kembali !!! (2013)

Ramadhan sudah tiba !!! Amal ibadat harus berlipat kali ganda !!! Mana-mana yang ada terkasar bahasa dan tersilap kata, maafkanlah ye !!! Takkanlah raya je nakmeminta keampunan dan kemaafan ??? Hahahaha..

Dalam, kita sibuk memilih juadah berbuka, renungkan kembali apa yang telah kita lakukan pada hari ini, lihat sekeliling apa yang telah kita sumbangkan pada hari ini, pejamkan mata dan imbas kembali apa kebaikan yang telah hati kita lakukan pada hari ini, keburukan yang telah kita lakukan pada hari ini, dan yang paling penting adakah ibadah puasa kita ini sempurna dan tiada cacat cela atau hanya sekadar menahan lapar dan dahaga dari fajar sehingga terbenamnya matahari.

Hahahaha, bukan nak membebel, tapi terkenang rakyat Palestin tu, dyorang makan ape ek ? Nak kongsi, jauh. Hanya doa dan tawakkal mengiringi mereka di sana. Kita sedap-sedap memilih juadah, kadang kala sampai pada tahap membazir, eloklah kita berbelanja hanya pada yang perlu. Ayam golek, kambing panggang, nasi minyak, nasi beryani, air khatira, itu sume memang membuka selera tapi beli mane yg perlu sahaja.

Apa-apa pun, salam Ramadhan Almubarak lagi sekali dari saye, noobies moga-moga Ramadhan kali ini lebih diberkati dan dihayati. Insha Allah.


Tuesday 29 January 2013

Kaya dan Miskin

Kaya dan miskin. Memang sinonim dengan kita, selalu dengar dan selalu nampak. Pemahaman orang, kaya bererti banyak duit, senang, selesa. Miskin bererti susah, sempit, terkongkong. Ukuran manusia terhadap 2 perkataan itu berdasarkan pada duit. Si kaya akan menolong si miskin, Benarkah ??? Hanya segelintir. Bagaimana si kaya boleh kaya ??? Si miskin ??? Mereka kata atas usaha, rezeki, takdir. Memang, tuhan mewujudkan dua golongan ini mesti ada sebab2 tertentu. Ikot penilaian aku, untuk mewujudkan satu ikatan yang mana si kaya membantu si miskin. Kalau semua kaya, tiada istilah 'si kaya membantu si miskin'. Betul tak ???

Bila sebut tentang kaya dan miskin, timbul satu perkataan, kesyukuran. "Ramai mampu besabar namun tak ramai mampu bersyukur". Pernah dengar istilah ini ??? Si kaya akan berhadapan dengan masalah kesyukuran dan si miskin akan berhadapan dengan masalah kesabaran. Jadi, dalam istilah tadi, yang mana akan berjaya menangani masalah ini ??? Hanya iman yang mampu berjaya.

*Penat, sambung nanti

Sunday 9 December 2012

Harimau Malaya : Asal-usul

Secara umum ramai mengetahui Harimau Malaya merupakan nama gelaran bagi pasukan bolasepak negara Malaysia. Tetapi, ada kemungkinan juga ramai yang belum mengetahui asal-usul nama Harimau Malaya diperolehi.

Abdullah bin Mohd Don

Sebenarnya, nama tersebut adalah berasal dari gelaran kepada seorang pemain bolasepak era 1940′an.
Pemain tersebut bermain di posisi ‘striker’ dan beliau adalah Dollah Don. Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mohd Don, dilahirkan pada 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor.


Mendapat pendidikan awal di Primary School Ngee Heeng dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Bukit Zaharah dari darjah 2 hingga 4. Beliau menyambung pengajian di peringkat tinggi di English College.Di zaman persekolahannya beliau sangat aktif dan pernah menjadi Olahragawan. Dollah Don pada mulanya bermain bolasepak semasa kecil dengan menggunakan bola tenis. Sewaktu di sekolah Dollah Don juga merupakan atlit olahraga yang berjaya. Pernah memenangi beberapa acara dan membolehkan beliau bergelar Olahragawan di sekolah. Sebelum bermain untuk pasukan kebangssan, beliau bermain untuk pasukan Johor di era awal Piala Malaya dan Piala H.M.S Malaya.

PERISTIWA DI SUMATERA

Jika kumpulan rock, SEARCH pernah menggegarkan Indonesia dengan lagu Isabella pade era 1990′an, begitu jugalah Dollah Don dengan mutu permainan bolasepaknya. Dollah Don mempunyai ramai peminat bola sepak di Indonesia. Dari sumber yang dicari, beliau sering menerima jemputan untuk bermain di sana.
Pada tahun 1946, Dollah Don telah dijemput untuk bermain menentang Pasukan Medan di Sumatera. Malangnya beliau jatuh sakit dan tidak dapat diturunkan beraksi. Pada era 1950′an Indonesia dipimpin oleh Sukarno sebagai Presiden negara tersebut.

Presiden Indonesia, Soekarno.

Sukarno begitu kagum dengan Dollah Don sehingga menggelarkan beliau sebagai ‘Harimau Malaya’. Ini semua bermula dari satu perlawanan yang disaksikan oleh Sukarno sendiri. Perlawanan tersebut ialah sewaktu menentang pasukan Peseja di Indonesia, pada 1953, Dollah Don mewakili Melayu Singapura dan barisan lawan diwakili oleh pemain tempatan dan Belanda. Penjaga gol lawan, Van Der Veen, dianggap terkenal di Asia ketika itu. Presiden Sukarno turut menyaksikan perlawanan itu. Tamat separuh masa pertama, pasukan Melayu Singapura ketinggalan 3-0. Bermula separuh masa kedua, mereka mengasak ke kubu Peseja dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan seri.

Ketiga-tiga gol tersebut telah dijaringkan oleh Dollah Don sendiri. Sejak itu gelaran Harimau Malaya melekat kepada Dollah Don dan hingga membawa ke hari ini kepada Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia. HARIMAU MALAYA TERUS MAJU !!!! AUUUMMMM !!!

NOTA: Inilah versi yang diperoleh daripada beberapa ruangan forum dan blog mengenai asal usul nama ‘Harimau Malaya’. Mungkinkah ada versi lain…apa kata anda?


CREDIT TO : gempak.org

Friday 7 December 2012

Highway Star : Yamaha 150 TZM

Legend of 2 strokes.. Ade bran ???


Sedikit info berkaitan TZM :
1) yamaha tzm 150
2) 147 cc
3) start kluar tahun 1994
4) last kluar tahun 2000
5) harga baru +- rm 10.5k
6) harga terpakai (yg biasa org jual), ikut tahun dan condition moto,
rm 2.5k - 6k, bawah dari tu pun ada, atas dari tu pun ada, berdasarkan 
condition moto dan budi bicara owner..


ANTARA PERKARA YANG PERLU DI CHECK :

1) on kunci,dengar bunyik servo,bunyi tu mesti 2 kali,sebab dier buka dan tutup balik,pastikan bunyi dier smooth dan lancar,kalo xde bunyik@bunyi pelik mungkin servo dah jahanam atau battery low..servo 2nd hand +-rm200,kalo baru +-rm400 woo..pastu usyar kat sebelah kanan blok,tengok blok jenis apa,kalo y1 mmang best la,pastu tanya owner,pernah buat slip ke x,kalau xpernah dan blok tu dalam keadaan ori mmang terbaikla,tapi susah nak dapat skarang ni,70% owner tzm yg aku jumpa blok diorang dah buat slip baru.. tapi kalau slip yg dibuat balik tu dibuat ngan cantik dan bagus,xde masalah pun,boleh je pakai..

2) start enjin,senang ke susah,pastu time enjin hidup ekzos akan bunyik kuat,sebab masa tu power valve dalam kdudukan open,pastu rem2 skit pv akan tutup,bunyik pun jadi lain,dah xbising.. dengar bunyi enjin,kalo bunyi biasa je ok la tu,enjin yamaha mmang bunyik kuat skit,tapi xla mlampau,kalo ada bunyi pelik,bunyi ketukan ke org bertukang ke,jaga2,mungkin ada something wrong, piston ring xelok ke,rod longgar ke..nak turun enjin bukan murah,makan ratus2 gak.. pastu dengar kat sbelah kanan enjin,tarik klac ngan x tarik klac ada beza x bunyi,kalo ada mungkin mangkuk klac dah x cun..rivet mangkuk klac+upah+lain2 barang berkaitan,+-rm60..

3) check untuk sebarang kebocoran minyak, kat bahagian enjin dan lain2 (fork, monoshock, pump 2t, power valve etc), servis fork 2 batang +-rm50-60,mono kalau leaking kena tukar,kayaba +-rm180,pump 2t boleh servis, kalau tukar baru +-rm100 kot,power valve leaking kena tukar oil seal,+-rm15..

4) rev throttle kuat2 skit, enjin smooth ke x, biasanya bawah rpm 6 bunyi ekzos masih slow/kurang kuat.. biasanya p.valve start bukak kat rpm 6, bunyi ekzos akan jadi lebih nyaring, pulas lagi sampai rpm 10-11, p.valve akan bukak habis, bunyi ekzos dah jadi nyaring dan bingit, kalau moto tu pakai cdi ori standard, kat rpm 11-11.5 akan ada cut off, mletup2, jangan risau,itu ialah normal..

5) try bawak moto tu, check meter, speedo, rpm ngan temperature, pastu tekan button kat sebelah ibu jari kanan, yg macam starter tu, tengok meter minyak ok ke x.. meter 2nd hand +- rm150, kalo baru +- rm 400..

6) bawak slow2, rasa enjin time bawak spatutnya ringan dan lembut, masuk gear pun x susah, kalo susah dan moto rasa berat walaupun rpm naik mungkin bahagian klac ada problem,klac plate ke,housing klac ke.. klac plate ori +-rm13 sekeping..

7) test brake semua ok x, suspension ok ke x ,pastu kalau dah biasa bawak tzm bolehla bawak laju skit, tapi kalu xbiasa baik jangan,sebab ada gak kes 2-3 kawan aku yg terkujat gak ngan penangan pv fully open, kalo xbiasa ngan moto tu boleh jadi agak bahaya,nak2 lagi kalo area banyak kete..

8) try bawk maintain speed 110-120, boleh ke x, bobok ke x, ataupun moto ttiba drop sendiri klajuan dier, mungkin setting carburator x ngam,p.valve problem,cdi pun boleh jadi.. cdi local +-rm50-100,cdi original >rm400..

9) kalau berani (INI TIDAK DIGALAKKAN ATAS FAKTOR KESELAMATAN DAN UNDANG2,APA2 RISIKO SILA TANGGUNG SENDIRI!!), try bawak dan menten speed 140-150kmh, tzm yg dalam keadaan baik xde masalah untuk menten speed camtu spanjang highway sampai minyak ngan 2t abis,tanpa sebarang gegaran yg ketara.. top speed tzm standard tiptop, +- 180-200kmh.. tapi xyahla test kot, moto orang,kang jem ke naya je....hehe...

10) rasa suspension moto tu, goyang ke kalo langgar lubang @ bonggol kecik, time koner membuang ke x, kalau goyang kuat mungkin ada masalah ngan tayar, fork, monoshock, swing arm @ chassis, kalau chassis bengkok, mgkin moto tu pernah xcident teruk, so, lupakan jela, cari moto lain, x syok bawak nanti, senget je..

11) bila dah berenti, biarkan enjin hidup dalam 10-15 minit, pastu tengok meter temperature, tzm yg sihat jarum temperature akan ada kat bawah dari setengah @ setengah, bergantung pada cuaca dan bagaimana moto tu dibawa/dilenjan time test ride tadi.. kalau jarum tu lebih stengah dan smakin naik, ini menunjukkan ada masalah kat cooling system,mgkin radiator bocor/sumbat ke, water pump x jalan ke dan sbagainya.. makan duit jugak kalo nak repair..

12) sambil2 tu check la semua lampu yg ada (lampu bawah, atas, belakang, brake, signal dan sbgainya) berfungsi atau x.. pastu kalau smua ok, matikan enjin, bukak seat, kat sebelah battery ada 1 kotak hitam, cdi namanya, cek tengok ori ke x, kalau ori ada cop yamaha timbul kat atas dier..cdi local, +- rm50,cdi ori >rm400..

13) dah abis test, kalau puas hati, nego harga yg berpatutan berdasarkan condition moto tu.. tapi kalau moto tiptop dan harga cantik, jangan tunggu lama2, bayar kat owner, pastu balik umah basuh moto, polish kilat2, pastu siap2 untuk g jalan2 pusing doniaa.. jangan lupa check air radiator, angin tayar, isi minyak petrol ngan 2t...hehe  ..

DOKUMENTASI : PERHATIAN!!!

pastikan geran ialah geran ori,dan proses tukar nama boleh dilakukan..
check no chasis dan no enjin kat geran sama x dengan kat moto (no chasis tzm ada kat bahagian kon handle,
bawah ignition switch,no enjin ada kat bahagian atas enjin,kat bawah/tepi carburator)

dan perkara penting yg harus diingat,tzm ni kbanyakannya dah lebih 10 tahun, so, lepas beli standby la dalam rm500 ke untuk touch up ape2 yg patut..kalau moto dah tiptop, slamat mnikmati keseronokan menunggang the pure 2 stroke spirit,yamaha tzm 150,highway star...

AKHIR KATA, BERHATI-BERHATI DI JALAN RAYA !!!


Thursday 6 December 2012

Telefon Bimbit, Rahsia ???


Semua orang ada handphone kan? Admin nak kongsi rahsia telefon bimbint dengan korang Ini mungkin berguna waktu kecemasan

1) NOMBOR KECEMASAN Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )




2) KERETA TERKUNCI Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera (alarm ) sahaja. Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya .


3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


4) TELEFON KENA CURI Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya