Tuesday 4 December 2012

Welcome to my life !!!

Bosan. Itu je yang mampu aku cakap sekarang ini. Menaip tanpa ape-ape motif, sedangkan keliling aku, orang sibuk melakukan aktiviti yang mereka perlu lakukan, wajib mungkin. Aku ? Termangu disini sambil jari laju menaip entah ape-ape. Mungkin sekejap lagi, datang la idea aku untuk menaip ape yang gamaknye best.




Aku dah cakap, masih tiada idea nak ditaip untuk tatapan semua. Mungkin boleh bercerita kot. Atau menulis kisah-kisah aku dan pengalaman aku sepanjang hidup aku mencecah belia. Haha. Nak cerita pasal pengalaman aku, mungkin masih tak sebanyak otai-otai di luar sana, maklumlah, pucuk muda lagi, baru nak belajar kenal erti dunia ini. Dunia yang fana. Kemahiran ? Mungkin aku ada sedikit kelebihan dari segi itu, mungkin. Bab bertukang rumah, kredit kepada bapak aku kerana memaksa aku menukang rumah yang tersergam indah, hasil tangan aku, bapak aku dan abang aku. sape tak bangga beb, 80% rumah tu kitorang yang buat sendiri, bangunkan, bancuh simen, pasang siling, pasang bumbung, panjat itu panjat ini, pecah tembok untuk renovate, macam-macam lagi lah. Kiranye, aku memang beruntung lah kerana mempunyai kemahiran hidup bak kata orang.



Muzik ? Nak kate pro, tak mungkin la. Sikit-sikit, mungkin. Setakat ini, hampir semua instrumental basic aku dah tangkap. Gitar, bass, drum. Untuk masa sekarang ni, piano menjadi target aku pulak.  Sejarah hidup aku dengan bab-bab muzik ni ? Awal-awal aku diperkenalkan masa aku form 1, time tu member-member aku memang tengah layan lagu-lagu rock kapak, peh, masyuk beb. Time tu, memang aku tengah noob lagi bab-bab muzik ni. Masuk form 2, aku dah mula berminat dengan gitar, gara-gara senior aku buat show time perhimpunan. Giler kagum aku tgk die buat show atas pentas. Teringin bhai nak jadi mcm die. Start dari tu, aku dah mula sikit-sikit pasang niat nak beli gitar sebijik, buat belajar. Hujung tahun form 2 lepas raya, capai lah hajat aku nak beli gitar, gitar tong jenama HOFMA. Tuah aku kot, bapak aku bekas legend gitar, jaguh kampung dulu-dulu. Dia tolong aku pilih gitar dan ajar sikit-sikit je. Bkn nak cakap ape, kebanyakan, orang-orang legend ni susah nak ajar orang beb. Macam bapak aku, acuh tak acuh je ajar aku. Tapi itu tak mematahkan semangat aku untuk mencapai impian aku. Berpandukan buku dan internet, akhirnya aku berjaya jugak control 14 basic chords dlm seminggu. Sampai la sekarang aku masih belajar dan belajar dan belajar.


Legend ni beb !!! Sekali dia goreng, peh, masyukkk !!!

Masuk U, aku bertemu dengan budak-budak band aku, tapi yang menjadi masalahnya, 4 dari lima crew band aku reti maen gitar. Dah tu, sape yang nak maen drum ? Nak tak nak, aku volunteer jadi drummer. Kekok bhai, macam hareeemmm je 1st time maen. Sikit-sikit aku tangkap dengan drum ni, slow-slow kayuh. Dari 2 anggota je aku hidup, sampai sekarang ni, semua dah boleh maen. Gempak jgk la aku maen. Double pedal tengok !!! XD


Huh, penat menaip beb. Ade lagi nak cerita ni. Sekarang ni, entah macam mane aku boleh terjebak dengan dunia permotoran walaupun tiada motor. haha. Habis motor member aku kena selongkar enjin. Khatam jugak la aku bab-bab enjin ni. Kalau setakat masalah kecik, boleh settle sendiri kot. 4 lejang boleh, 2 lejang pon boleh. Haha. Bukan maen-maen punye pomen ni, nusantara punya mari !! Yeeehhhaaa !!!



Banyak nak borak ni, tapi, penat dowh... Aku chow dulu. Assalamualaikum...



P/S : Dalam hidup ni, tak semestinya akademik sahaja yang dicari, ilmu berkaitan kemahiran pun perlu untuk diri sendiri. Jangan terkejut orang yang kerja bab-bab kemahiran lagi tinggi dari profesional. Bapak aku pon pernah berpesan, " Cari kelebihan, biar lebih dari orang, hidup jangan kene tipu dengan orang" 




No comments:

Post a Comment