Wednesday 10 July 2013

Ramadhan Tiba Kembali !!! (2013)

Ramadhan sudah tiba !!! Amal ibadat harus berlipat kali ganda !!! Mana-mana yang ada terkasar bahasa dan tersilap kata, maafkanlah ye !!! Takkanlah raya je nakmeminta keampunan dan kemaafan ??? Hahahaha..

Dalam, kita sibuk memilih juadah berbuka, renungkan kembali apa yang telah kita lakukan pada hari ini, lihat sekeliling apa yang telah kita sumbangkan pada hari ini, pejamkan mata dan imbas kembali apa kebaikan yang telah hati kita lakukan pada hari ini, keburukan yang telah kita lakukan pada hari ini, dan yang paling penting adakah ibadah puasa kita ini sempurna dan tiada cacat cela atau hanya sekadar menahan lapar dan dahaga dari fajar sehingga terbenamnya matahari.

Hahahaha, bukan nak membebel, tapi terkenang rakyat Palestin tu, dyorang makan ape ek ? Nak kongsi, jauh. Hanya doa dan tawakkal mengiringi mereka di sana. Kita sedap-sedap memilih juadah, kadang kala sampai pada tahap membazir, eloklah kita berbelanja hanya pada yang perlu. Ayam golek, kambing panggang, nasi minyak, nasi beryani, air khatira, itu sume memang membuka selera tapi beli mane yg perlu sahaja.

Apa-apa pun, salam Ramadhan Almubarak lagi sekali dari saye, noobies moga-moga Ramadhan kali ini lebih diberkati dan dihayati. Insha Allah.


Tuesday 29 January 2013

Kaya dan Miskin

Kaya dan miskin. Memang sinonim dengan kita, selalu dengar dan selalu nampak. Pemahaman orang, kaya bererti banyak duit, senang, selesa. Miskin bererti susah, sempit, terkongkong. Ukuran manusia terhadap 2 perkataan itu berdasarkan pada duit. Si kaya akan menolong si miskin, Benarkah ??? Hanya segelintir. Bagaimana si kaya boleh kaya ??? Si miskin ??? Mereka kata atas usaha, rezeki, takdir. Memang, tuhan mewujudkan dua golongan ini mesti ada sebab2 tertentu. Ikot penilaian aku, untuk mewujudkan satu ikatan yang mana si kaya membantu si miskin. Kalau semua kaya, tiada istilah 'si kaya membantu si miskin'. Betul tak ???

Bila sebut tentang kaya dan miskin, timbul satu perkataan, kesyukuran. "Ramai mampu besabar namun tak ramai mampu bersyukur". Pernah dengar istilah ini ??? Si kaya akan berhadapan dengan masalah kesyukuran dan si miskin akan berhadapan dengan masalah kesabaran. Jadi, dalam istilah tadi, yang mana akan berjaya menangani masalah ini ??? Hanya iman yang mampu berjaya.

*Penat, sambung nanti